jom.. buat ketupat.

Sebut saja raya, mesti org akan terfikir pasal juadah2 hari raya... ketupat... rendang... dan mcm2 lg... tapi, tahukah anda? tidak ramai muda mudi zaman sekarang yang boleh menganyam ketupat (menganyam ye... bukan mengayam... =p)... sebenarnya, menganyam ketupat amatlah mudah... huhuhu... jadi, entri kali ini akan mengajar secara ringkas bagaimana cara-cara menganyam ketupat...

Langkah 1: sediakan daun kelapa




Langkah 2: buang lidi pada daun kelapa

Langkah 3: Selepas lidi dibuang, jadilah 2 helai daun seperti gmbar di atas


Langkah 4: Lilit 1 bahagian daun kelapa di tangan kanan (kiri pun bleh) sebanyak 4 kali lilit



Langkah 5: Lilit 1 lg bahagian daun kelapa di tangan kiri (kanan jika yg awal td gune tgn kiri) sebnyak 4 kali lilit


Langkah 6: Pastikan lilitan pada tgn kiri dan tgn kanan adalah berlawanan arah. (contoh: hujung yg besar pada tgn kanan di bawah, hujung yg besar pada tgn kiri di atas)

Langkah 7: Pegang hujung lilitan pd tgn kanan dan tgn kiri dgn erat dan saling masukkan daun lilitan itu (rujuk gmbar) dan teruskan pada lilitan seterusnya seperti menganyam tikar





Langkah 8: Teruskan anyaman pada lilitan yg seterusnya... 


Langkah 9: Teruskan anyaman pada lilitan yg seterusnya (pd tgn kanan dan kiri)


Langkah 10: teruskan anyaman sehingga lilitan yg ke-4 (rujuk gmbar)


Langkah 11: Apabila siap anyaman untuk lilitan, anda akan mendapati bahwa hujung yg kecil bertembung dan hujung yg besar berada pada bucu yg berlawanan





Langkah 12: Tarik hujung yg kecil keluar dan gantikan hujung yg kecil dgn hujung yg besar (anyaman sperti anyaman tikar)



Langkah 13: Teruskan anyaman pada hujung yg besar bucu yg satu lg



Langkah 14: Hujung yg besar betemu dan hujung yg kecil berada pada bucu yang berlawanan

Langkah 15: Anyam hujung yg kecil ke arah bucu yg belawanan dgn bucu hujung yg besar


Langkah 16: Jadilah mcm ini. kemaskan ia supaya kelihatan lebih kemas dan tidak bocor apabila beras di masukkan


Langkah 17: Jadilah kelongsong ketupat



Langkah-langkah untuk memasukkan beras:

Langkah 1: Masukkan hujung yg besar ke dalam anyaman kelonsong ketupat



Langkah 2: Jadilah macam gambar di atas


Langkah 3: Pada hujung yg kecil, bukakan sebelah hujung supaya kelihatan lubang seprti di atas. Masukkan beras sebnyak 1 per 3 kelonsong ketupat



Langkah 4: Selepas memasukkan beras, ikat kedua-dua hujung yg kecil sepeti gmbar di atas



Siaplah ketupat nasi untuk di makan pada hari raya nanti...

jom.. buat meriam.

salam!!

korang ingat lagi cerita aku pasal meriam katak? haa. tu baru mukadimah ye. hehe. kali ni aku nak eksplen pasal sejenis lagi meriam, yang lagi ekstrem dari meriam katak - meriam tanah.

kenapa meriam tanah? ok, basically, cara kerja meriam ni sama je dengan meriam katak - isi kabaid, cucuh, meletup. yang membezakan dua ni ialah, meriam tanah dibuat lebih grand dari meriam katak. camna tu? meh aku ajor cemana cara buat dan main meriam tanah.

bahan-bahan yang diperlukan.
- sekurang-kurangnya 5 tin susu tepung 2kg (senang cakap, Milo tin besor). pastikan semuanya sama saiz ( kalau nk gune paip pvc boley gak. tp ujungnyer mesti ditutup ngn tin milo atau tin cat..
- pisau/gunting besi
-getah tiub (nk ikat tin2 tu..)
- cangkul
- karbaid (mulai kali ni, aku akan simplekan dengan ejaan 'kabad' je ye..hehe) dan air
- pelita/lilin dengan buluh/kayu pencucuh
-corong 

lihat gmbr dibawah..

tin milo



paip pvc
corong

cara2 buat meriam.
- nak buat meriam ni kompleks sikit. kalau ada 5 tin milo, 4 daripada 5 tin tu korang kena buang penutup dan bontotnya sekali. maknanya, bahagian bawah/lapik tin tu kena gunting buang, supaya tin jadi macam gelung/lohong. bleh bayangkan tak? aku maleh nak lukis... hahaha.


material dari sambungan tin susu tau milo
material dari paip pvc.. dan tin cat

- tinggalkan satu tin tak bertebuk sebab nak buat isi kabad nanti. lepas dah tebok tin yang diperlukan, korang ambik cangkul dan mula mengorek/mencangkul tanah. untuk apa? untuk muatkan semua tin yang ada. kalau boleh, cari kawasan bertebing, macam tepi2 parit ke, kat batas bendang ke. hehe

*PERINGATAN: korek tanah biar cukup2 dalam dan lebar untuk korang tanam meriam tu. kalau boleh, biat muat2 saiz tin je. ini untuk elakkan tin (meriam) daripada melambung/bersepai masa cucuh nanti.


- dah korek lubang kat tanah, korang isi dengan tin2 yang dah ditebuk tu. susun rapat2! bagi kejab. lepas dah susun, timbus dengan tanah sebagai langkah keselamatan. hehe 
- kedua2 kaedah pasang same..cume material jer laen.. aq prefer paip pvc sbb lebey mudah dipasang dan mudah didapati.. hahahaha..
- tebuk satu lubang kecik kat tin yang tak dibuang bahagian bawah tadi. jangan tebok kat bontot tin. tapi tebuk kat body/tepi tin. tin ni lah yang kita guna untuk isi kabad dan cucuh meriam (portable bottom).
- dah siap semua tu? hehe. isi kabad dalam corong masukkan air. sumbat corong kat pangkal meriam dengan lubang pencucuh menghala ke atas. tutup lubang pencucuh untuk beberapa second (nak perangkap gas). amik kayu/buluh pencucuh, nyalakan dengan api.... halakan api pencucuh kat lubang tin berisi kabad tadi..dan...

TEBABOOOOOOMMMMM!!!!!


voila! =D

hehehe. syok ooooo! aku cukup suka main meriam tanah. sebabnya, saiz tin bleh dipelbagaikan. lagi besar tin, lagi kuat bunyi meriam. dan lagi panjang susunan tin, lagi padu bunyi meriam.

kalau time aku dulu, aku rajin main meriam ni dengan kawan2. biasanya aku la penyumbang terbesar tin2 untuk buat meriam. gigih, sebulan dua sebelom posa dah start kumpul tin. tin kena banyak, sebab ada kemungkinan tin pecah sepanjang main. biasa la, penggunaan secara ekstrem.. hehe ^^ main pulak dekat2 dengan surau. memang terbaik lah!! lepas je witir, terus turun main meriam. cara kan? lagi cara bila tok imam surau pun tolong cucuh meriam - bukan apa... mintak restu, ambik berkat~ haha!
tp tu dulu.. sekarang budak2 da makin maju.. gne paip pvc. bunyi die lg kuat plak tu.. tak taw lar akan dtg.. paip ape plak diorg gne kn..



DISCLAIMER!
- penulis (aku la tu) just ajar cemana nak buat meriam, tapi TAK SURUH korang buat meriam.
- sebarang percubaan, kejayaan, kegagalan, risiko dan akibat daripada kegigihan/kecuaian korang nak buat dan main meriam adalah tanggungan korang sendiri.
- semua hasil penulisan dan penceritaan adalah daripada buah fikiran dan pengalaman penulis sendiri. hakcipta terpelihara. sebarang penghasilan semula mestilah mendapat izin penulis (aku) terlebih dahulu. hehe
- kalau korang main meriam sebab baca artikel ni, lepas tu kena tangkap polis or pihak berkuasa; korang boleh bagi dorang baca entri ni. mesti dorang suka. ^^

Rebutlah peluang 10 malam terakhir...mungkin Ramadhan ini yang terakhir buat kita..



Menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil.
Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.
Qiyamullail
Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.
Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.
Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.
Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]
Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]
Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]
Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.
Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.
Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:
  • Keikhlasan niat,
  • Memperkuat tekad,
  • Memperbaharui taubat,
  • Menghindari maksiat pada siang harinya,
  • Segera tidur,
  • Melakukan tidur siang hari, dan
  • Memohon bantuan dari Allah SWT.
Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.
Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:
Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.
Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.
Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."
Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.
Malam... tanda-tanda dan waktunya
Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat.
Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.
Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.
Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.
Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني
"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."
Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.
Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.
[Daripada tulisan Abu Salman Said]

Dugaan Umat Islam Sweeden dan eropah





Umat Islam Di Sweden Berpuasa Lebih 18jam...

Tahukah anda, Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar pada tahun ini ekoran terpaksa berlapar lebih lama, menjangkau 18 jam sehari kerana musim panas di utara Eropah. Ramadan tahun ini yang jatuh pada musim panas di mana waktu siangnya lebih panjang daripada biasa.

Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada pukul 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada pukul 9.41 malam, iaitu hampir 18 jam.

Presiden Liga Islam Sweden, Omar Mustafa berkata, ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa.namun belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya.

Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah.

“Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari".
“Islam memberikan umatnya banyak pilihan,”
kata Omar kepada akhbar Sweden, The Local.


Bagaimanapun cabaran itu sedikitpun tidak menjejaskan umat Islam di negara ini untuk menjalani ibadat berpuasa, malah menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini.

“Kami mendapati jualan buah- buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat,” kata pegawai media Coop, Louise Stephan.

Menurut anggaran agensi separa kerajaan, terdapat kira-kira 200,000 penduduk Islam di Sweden daripada sembilan juta penduduk negara itu.

Seharusnya kita umat islam dinegara ini tidak perlu merunggut dan cuba untuk ponteng puasa, kerana rata-rata kita dinegara ini hanya berpuasa dalam lingkungan 13 jam setengah sahaja. berbanding sesetengah tempat yang tidak menentu tempoh masa nya,...

sesungguhnya ALLAH itu maha ADIL

Peristiwa 17 Ramadhan



Perayaan 17 Ramadhan adalah sebenarnya untuk mengingati Peperangan Badar yang berlaku pada tarikh tersebut.

Nuzul Quran iaitu hari turunnya Al-Quran sememangnya jatuh pada bulan Ramadhan tetapi kebanyakan ulama’ berpendapat bahawa tarikhnya adalah pada 27 Ramadhan.

Peperangan Badar berlaku di sebuah tempat yang bernama Badar pada tahun ke 2 Hijrah. Ianya jatuh pada hari Jumaat 17 Ramadan pada tahun tersebut.

Islam sememangnya menerima tentangan dari orang kafir Quraisy sejak dari mulanya lagi, dari masa Islam mula diperkenalkan secara tertutup dan kemudiannya secara terang.

Ini akhirnya telah membawa kepada penghijrahan Rasullulah S.A.W dan orang Islam ke Madinah di mana penduduk di sana telah menerima mereka dan juga agama Islam.

Walau bagaimanapun keadaan orang Islam yang tinggal di Mekah menjadi semakin teruk dan ini mula merebak ke Madinah.

Perang Badar adalah peperangan yang pertama dalam Islam dan merupakan cara yang digunakan untuk membela keselamatan sosial dan politik mereka. Islam sememangnya tidaklah menggalakkan peperangan melainkan terpaksa. Ianya juga merupakan tindakan untuk mempertahankan kebebasan agama dan menyekat ajaran sesat yang berleluasa pada masa itu.

Pada tahun ke 2 Hijrah Rasulullah S.A.W serta sahabat bersetuju mempertahankan Islam di luar kota Madinah. Tentera Islam seramai 313 orang telah keluar untuk menyekat rombongan pedagang Mekah yang sedang pulang dari Syam.

Abu sufian yang mengetuai rombongan perdagangan Quraisy itu telah mengikut jalan lain untuk kembali ke Mekah dan sebuah bala tentera melebihi 1000 dan serba lengkap dengan peralatan perang telah datang untuk menentang tentera Islam. Kedua- dua pasukan telah sampai ke tempat bernama Badar pada 16 Ramadhan.

Tentera Quraisy telah bertahan di tempat yang ada air sementara tentera Islam berkhemah di tempat yang lebih kering. Allah telah menunjukkan kekuasaannya dengan menurunkan hujan yang lebat. Ini menyebabkan tempat orang Islam mendapat air sementara , air di tempat musuh menjadi berlumpur dan tidak sesuai digunakan.

Rasullullah S.A.W, bagaimanapun telah membenarkan orang Quraisy yang datang, mengambil air untuk kegunaan mereka.

Peperangan di Badar hanya berlanjutan untuk satu hari sahaja bermula dengan pertarungan perseorangan diikuti oleh peperangan terbuka. Seramai 70 orang Quraisy yang terdiri dari pahlawan handal dan pemimpin telah terkorban sementara 70 lagi menjadi tahanan perang. Hanya 14 orang Islam sahaja yang telah mati syahid tetapi Allah telah mengurniakan pahala syahid kepada kesemua mereka ynag telah mengambil bahagian dalam peperangan tersebut.

Peperangan Badar merupakan satu kejayaan besar bagi umat Islam. Ianya telah menukar idoelogi Islam kepada sebuah negara Islam yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak.

Peperangan Badar memberi pengajaran kepada kita bahawa melaksanakan sesuatu tugas dengan kepercayaan kepada Allah serta keyakinan pasti membawa kejayaan. Insya Allah.. Wallahualam

Mari kita hayati video khas peristiwa Perang Badar







Selamat menyambut Nuzul Al-Quran...

Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

1 Nama-Nama Lain: Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran: Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.

i.~Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
ii.~Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
iii.~Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya. Peringatan: 1.~Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.

2.~Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.

3.~Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

4.~Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis). Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua.

Amin....

mari belajar solat!!!


Anda Tak tahu solat?
klik larr gambar di bawah..
harap dapat membantu..

Ekslusif! Sebab kenapa Penjara Pudu ditutup dan diroboh


 

Sebab kenapa Penjara Pudu ditutup dan diroboh
Assalamualaikum, dan selamat malam... Korang mesti tau kan Penjara pudu? Bukan pudu raya okay... penjara pudu... yang dekat dengan timesquare tuh... kalau korang spe2 yang duduk KL tak tau penjara pudu.... hentak kepala korang 20 kali kat dinding kompem ingat balik penjara pudu kat mana...

Korang juga mesti sedia maklumkan bahawa penjara pudu dah dirobohkan... hanya tinggal kenangan, buah mulut, video dan gambar buat tatapan generasi akan datang... So, malam niyh aq nak share cerita dari pembacaan aq mengenai Penjara pudu kat korang.... enjoy k.... salam....

***

BACA DENGAN NADA YANG PENUH SEMANGAT

Berlaku di Penjara Pudu KL di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja..

Sblum Penjara Pudu ditutup dulu , pernah diceritakan bahawa terdapat sebuah bilik yang dipanggil “Bilik Terakhir”. Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Ia dinamakan “BILIK TERAKHIR” adalah kerana dahulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya di bilik gantung.Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri & pelbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden2 yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis & bermacam2 lagi dari Bilik Terakhir tersebut. Tak kurang juga ada diantara warden yg terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka & kemudian tidak pula kelihatan kambing tersebut keluar semula. Ramai bomoh & pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran di waktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh2 pesalah yang mati di tali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka di tali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai2 seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira2 lebih kurang pukul 1 pagi, beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari2 berhampiran bilik tersebut. Beliau cuba memberanikn diri untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang beliau mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu sahaja. Beliau berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada di kawasan itu..Oleh kerana ingin tahu maka beliau memberanikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya beliau apabila mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. 

Mulalah beliau berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar2 itu sambil meninjau2 di dalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai sahaja ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya beliau apabila didapati banyak harta karun di dalamnya. Beliau cuba mengambil harta itu tetapi tiba2 hilang dari pandangan lalu menjelmalah 1 lembaga yang mengerikan seraya bkata, “Heyyyyyy manusiaaa. Jangan engkau sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa.. tapi Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa. HaHaHaHaHa!! Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa”. Udah tuuuuuuuuu.. pi buat keje.

dunia belum berakhir selagi>>








Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.
Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka“. H.R Muslimi


Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah: Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Turunnya Nabi Isa alaihissalamke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur. Gempa bumi di Barat. Gempa bumi di Semenanjung Arab. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit).
Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


jangan menyerah



Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Back to Reff 1

Reff 2:
Tuhan pasti 'kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasa-Nya
Bagi hamba-Nya yang sabar
Dan tak kenal putus asa...

Bridge:
Jangan menyerah, jangan menyerah, jangan menyerah...! (2x) Oh...!

Back to: Reff 1 & Reff 2

Coda:
Dan tak kenal putus asa...

Empat Golongan Lelaki yang ditarik Masuk ke dalam NERAKA oleh Wanita





Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarrakatuh

Di akhirat nanti, ada 4 golongan laki-laki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.

Laki-laki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah

1. Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar AYAH tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti shalat, mengaji dan sebagainya dan Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka sang Ayah akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

2. Kakak-kakaknya
Apabila Ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan kakak-kakaknya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adik wanitanya di akhirat kelak...

3. Suaminya
Apabila sang Suami tidak memperdulikan tindak-tanduk istrinya. Membiarkan bergaul bebas di luar, berhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum laki-laki yang bukan muhrimnya. Apabila suami berdiam diri walapun di seorang alim sekalipun maka, dia akan turut ditarik oleh istrinya.

4. Anak laki-lakinya
Apabila seorang anak tidak menasehati ibu perihal kelakuan yang lalai atau haram bagi Islam. Bila si Ibu berbuat kemungkaran, berkhianat dan sebagainya maka bukan hanya suaminya saja, si anak itu pun akan ditanya dan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak..

Astagfirullah...

Betapa DASHYATnya tarikan wanita!!

Bukan hanya di dunia saja malah di akhirat pun tarikannya begitu dashyat maka kaum lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Kakak atau anak harus memainkan peran mereka

"Ar-rijalu qawwamuna alan-nisa'i..." yang artinya "kaum laki-laki adalah pemimpin kaum wanita"

(QS An-Nisa : 34)

Subhaanakalloohumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik.

Wassalamu'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh

Hukum Menghias Kubur



kubur Hukum Menghias Kubur
Sekadar ingin berkongsi info
Apa hukumnya menghias kubur, membuat batas (kepungan), meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah dan mengecat (mengapur) kubur?
JAWAPAN: Telah DIHARAMKAN oleh syara menghias, membuat batas, meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah, bangunan, menulis apa pun tulisan dan mengecat kubur berdasarkan hujjah syara dan fatwa Imam as-Syafie rahimahullah: Dari Abdullah bin Hasanah berkata: “Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. “
Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.)
Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. (H/R Muslim, 3/61. Abu Daud, 3/70. an-Nasaii, 1/285. at-Turmizi, 2/153-154. al-Bahaiqi, 4/3. at-Tayalasi, 1/168. Dan Ahmad (741, 154). Ada beberapa jalan pada Ibnu Abi Syaibah, 4/139 dan at-Tabrani dalam (الصغير) hlm. 29.)
Berkata al-Allama Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (beliau salah seorang dari kalangan ulama besarn as-Syafieyah) menjelaskan dalam kitabnya (المنهاج) bahawa Imam as-Syafie telah berfatwa: Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.
Larangan dari Rasulullah SAW:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Rasulullah SAW telahmelarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya adalah HARAM jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah SAW, juga kerana terdapatpembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah SWT.
“Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (Surah Al-Qasas :76)