BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….


  1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...
  2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan x diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu… 
  4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
  5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..
  6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel  Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.
  7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja
  8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..
  9.  Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.
  10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.
  11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..
  12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...
  13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  16.  Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
  17.  Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
  18.  Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...
  19.  Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
  20.  Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

review movie

salam..

da xdew benda nk wat lg.. huhh.. aq dpt idea nk wat entry pasal review movie.. citer niyh aq bru download.. sbnrnyer mmg aq pro cter perang niyh.. hahahha.. niyh salah stu filem perang yg diadaptasi dari kisah benar..
x silap aq mase perang dunia kedua.. "AGE OF HEROES" tu lah tajuk cter nyer..
ok mari aq cter sket pasal sinopsis atau plot cter niyh..





SINOPSIS

cerita niyh mengisahkan tentang 30 org tentera yg berstatus komando yg telah dilatih melalui latihn intensif semase perang dunia 2..mereka semua dibawah jagaan major jones oleh sean bean..30 Assault Unit merupakan unit Komando Inggeris yg dibentuk pada September 1942 dan  peranannya adalah untuk untuk memajukan pasukan Berikat, melakukan infiltrasi rahsia ke wilayah musuh melalui darat, laut atau udara, dan untuk menangkap Perisikan , dalam bentuk kod , dokumen, peralatan atau kakitangan musuh .Selepas panggilan Perdana Menteri Inggeris Winston Churchill  untuk menimbulkan korban di Jerman dan meningkatkan semangat Inggeris pada tahun 1940, beberapa unit Komando diciptakan, termasuk SAS.
Pembentukan unit ini disarankan oleh penulis James Bond Ian Fleming, yang ketika itu bekerja di London sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengarah Naval Intelligence (DNI), Laksamana Godfrey . Fleming memberi idea iaitu  "Offensive Naval Intelligence Group"
Selama perang, Unit di Afrika Utara, Kepulauan Greek, Norway, Sicily, Itali, Perancis dan Jerman dalam pencerobohan Sekutu di Eropah yang diduduki Jerman, 30 Assault Unit (nama kod WOOLFORCE dan PIKEFORCE) mendarat di Juno dan pantai Utah di Normandy, Perancis dan berusaha untuk menangkap sebuah stesen radar Jerman di Douvres-la-Delivrande, dan kemudian berjuang masuk ke Cherbourg. A 30 Assault Unit Royal trup Marin dihantar ke Timur Jauh pada tahun 1945, tetapi Jepun menyerah menyebabkan operasi terhalang .Unit ini terdiri daripada pasukan komando yang khusus dalam mengamankan barang-barang bernilai tinggi perisikan dari markas musuh. latihan untuk kegiatan ini sangat menyeluruh. 
Selain kemahiran perintah umum dan kumpulan kawalan, melatih mereka tentangbagaimana menghadapi musuh dan perangkap ranjau, pengendalian bahan letupan,pembongkaran rumah dan pengakuan musuh seragam dan peralatan.Selanjutnya, "parachute training" dan "recognitions of enemy documents" juga menjadi sebahagian daripada latihan, serta  "lock-picking", "safe-cracking", "prisoner handling", "photography", "infiltration and escape techniques and tactics".
Walaupun 30 Assault Unit dibubarkan pada bulan Disember 1945,  pada tahun 2010Royal Marines membentuk "30 Commando Information Exploitation Group", yang membawa pada kemahiran 30 Assault Unit.


Genre:
War
Director:
Adrian Vitoria
Writers:
Ed Scates screenplay
Adrian Vitoria screenplay
pelakon:
Sean Bean … Jones
Izabella Miko … Jensen
James D’Arcy … Ian Fleming
Danny Dyer … Rains
Sebastian Street … Colonel Archer
William Houston … Mac
John Dagleish … Roger Rollright
Daniel Brocklebank … RMP Sergeant Hamilton
Guy Burnet … Riley
Aksel Hennie … Steinar
Rosie Fellner … Sophie Holbrook
Stephen Walters … Brightling
Jay Simpson … RMP Company Sergeant Major
David Gwillim … SS Mountain Troops
Theo Barklem-Biggs … Jimmy
Richard Stephens … Nazi Officer
Eric Madsen … Teichmann
Ewan Ross … Gable
Lin Blakley … Mrs Shepherd
Lee Jerrum … Dobson
Tony Hood … Sergeant Gray
Sam Peter Jackson … German Soldiers (voice)
Dominic Ryan … German Nazi Soldier
Nick Jones … Nazi Scout
Loekke Calle … Commando Soldier

MOVIE TRAILER



selamat menonton!!!

dunia-dunia~~~




Dikalangan Binatang tiada berpewatakan manusia...
Tetapi...
Dikalangan manusia, ade ygBINATANG!!!!
Gerammmmmmnyeeeeee............
kalau korang baca cerita nie pon aku rasa korang mesti marah giler...cilaka dan seeyal punya
jantan...isteri2 dia pon sama macam seeyal jugak...


LELAKI 10 ISTERI MENGAKU SALAH ROGOL ENAM ANAK

SEORANG ayah yang mempunyai 10 isteri dan 66 anak mengaku bersalah merogol enam anak perempuannya hingga dua daripada mereka hamil. Lelaki berusia 45 tahun itu, yang menggelar dirinya ustaz, melakukan kesalahan keji itu dalam tempoh lebih setahun antara Disember 2003 dengan Jun 2005. Namanya tidak boleh disiarkan demi melindungi identiti mangsa.
Kesemuanya, dia menghadapi 43 tuduhan merogol tetapi pihak pendakwa memfailkan sembilan tuduhan dengan baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan. Mahkamah diberitahu, perbuatan sumbang mahram itu dilakukan di bilik salah satu daripada tiga flat jumbo milik keluarga berangkainya. Anak-anak perempuannya yang menjadi mangsa itu pula berusia antara 12 dengan 15 tahun. Kandungan dua anaknya itu terpaksa digugurkan. Kesemuanya, tertuduh mempunyai 33 anak lelaki dan 33 anak perempuan.
Di Mahkamah Tinggi semalam, Hakim Tay Yong Kwang menolak permohonan pendakwa raya, Encik Eugene Lee, agar menjalankan perbicaraan secara tertutup. Menurutnya, perbicaraan boleh dilakukan dalam mahkamah terbuka kerana mangsa tiada di mahkamah untuk memberi keterangan.
Lelaki berbadan kecil rambut beruban itu kelihatan tenang ketika tuduhan dibacakan
kepadanya. Menurut surat pertuduhan, dia menggunakan ayat Al-Quran daripada surah Al- Mukminin untuk 'mempunyai hak mutlak seseorang terhadap anak-anaknya hingga dibolehkan mengadakan seks'.
Namun, rahsianya terbongkar selepas salah seorang anaknya itu membuat laporan polis pada 24 Jun tahun lalu selepas mengadu tindakan ayahnya itu kepada seorang kenalannya. Dalam rayuannya, peguam bela, Encik Harold Seet, berkata anak guamnya melakukan perbuatan itu kerana menghadapi masalah kewangan dan untuk mencegah anaknya daripada bergaul dengan budak lelaki.
'Dia berfahaman jika dia dapat memuaskan nafsu anak-anak perempuannya, mereka mungkin tidak bergaul dengan budak lelaki,' katanya.
Dua daripada enam anak perempuan yang menjadi mangsa kini berada di rumah tumpangan budak perempuan. Tertuduh yang memiliki syarikat pengangkutan, juga difahamkan menukar fahaman Sunni kepada fahaman Syiah sekitar 1988. Dia juga difahamkan telah menukar namanya sebelum ini. Sementara itu, dua daripada isteri lelaki itu turut dilihat di mahkamah selepas perbicaraan. Seorang adik tertuduh pula berkata keluarganya tidak tahu-menahu tentang kes tersebut. Beliau, yang berusia 42 tahun dan sudah tujuh tahun tidak bertemu abangnya itu, berkata:
'Nak ikutkan hati saya memang tak mahu datang ke sini, tapi tak sampai hati, sebab buruk-buruk pun darah daging sendiri.' Hukuman akan dijatuhkan Selasa depan tetapi Hakim Tay membayangkan tertuduh boleh dikenakan hukuman rotan maksimum 24 sebatan, selain hukuman penjara
ANAK JERIT KESAKITAN TAPI TIDAK DIENDAH
Dua anak hamil, ayah dan ibu bawa seorang ke Batam gugurkan kandungan
MEREKA menangis dan menjerit kerana kesakitan hingga berdarah, tetapi ayah mereka tidak mengendahkannya dan terus merogol mereka. Tanpa segan silu, si ayah berkata: 'Kau tahan saja, sakit sekejap saja.'
Kata-kata itu masih terpahat dalam ingatan enam remaja perempuan adik-beradik yang menjadi mangsa nafsu buas ayah mereka itu. Lelaki berumur 45 tahun itu melakukan perbuatan
keji tersebut antara Disember 2003 dengan Jun lalu, ketika anak-anaknya berusia antara 12 dengan 15 tahun.
Dikatakan arif dalam tafsir Al-Quran dan fasih berbahasa Arab, lelaki itu berjaya meyakinkan 10 isterinya, dengan menyalahtafsirkan ayat dalam Surah Al-Mukminin, bahawa dia mempunyai hak mutlak terhadap anak-anaknya, termasuk melakukan hubungan seks, atau sumbang mahram, dengan anak-anak perempuannya.
Alasannya diperkukuhkan dengan helah kononnya dia berniat untuk mendisiplinkan anak-anaknya, yang diberitahu sudah mula bergaul dengan budak-budak lelaki. Satu demi satu anak-anaknya dipanggil masuk ke biliknya untuk memuaskan nafsunya.
Satu demi satu, jeritan kesakitan anak-anaknya yang masih suci kedengaran dari luar bilik sedang isteri-isterinya duduk di luar menunggu mereka keluar. Tiada siapa membantah kerana terlalu hormat akan dia sebagai seorang ketua keluarga dan 'guru agama' mereka. Lebih setahun enam anaknya itu memendam perasaan mereka kerana tiada tempat untuk mengadu. Mereka hanya dapat berkongsi pengalaman sesama mereka. Dua daripada mereka
hamil akibat perbuatan ayah mereka.
Peguam bela lelaki itu, Encik Harold Seet, berkata dia juga bertindak menggugurkan kandungan
itu supaya anaknya tidak melahirkan cucunya sendiri. Salah seoarang daripada mereka didapati hamil lapan minggu pada 7 Mac tahun lalu dan dua hari kemudian diarahkan supaya menggugurkan kandangannya.
Pada 28 Mei lalu, seorang lagi anaknya hamil dan kali ini si ayah dan beberapa isterinya membawa remaja itu ke Batam untuk menggugurkan kandungannya. Pengalaman pahit mereka berakhir apabila anak yang menjadi mangsa pertama mengadu kepada seorang kawannya. Dengan bantuan kawannya, remaja itu membuat laporan polis pada 24 Jun lalu dan lelaki yang bak binatang bertopengkan manusia itu ditahan sehari kemudian. Fakta kes
Tertuduh: 45 tahun, pemilik syarikat pengangkutan. Mempunyai 10 isteri (empat isteri sah dan enam melalui nikah muta'ah) dan 66 anak (33 lelaki dan 33 perempuan).
Kes: Menghadapi 43 tuduhan merogol, cuba merogol dan mencabul kehormatan. Melakukan kesalahan antara Disember 2003 dengan Jun 2005 di biliknya di sebuah flat jumbo. Keputusan: Didapati bersalah bagi sembilan tuduhan merogol lima anak perempuannya yang berusia antara 12 dengan 15 tahun. Baki 34 tuduhan diambil dalam pertimbangan.
Laporan polis: Mangsa pertama membuat laporan polis pada 24 Jun 2005, sehari selepas
dirogol.
Mangsa pertama: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan 23 Jun 2005.
Mangsa kedua: Berusia 12 tahun dan dirogol dua kali, pada Januari 2004 dan Mac 2004.
Mangsa ketiga: Berusia 14 tahun dan yang dirogol pada Januari 2005.
Mangsa keempat: Berusia 14 tahun dan dirogol dua kali, pada Jun 2004 dan Jun 2005.
Mangsa kelima: Berusia 13 tahun dan dirogol dua kali, pada Mac 2004 dan Mei 2005
kenapa aku cakap isteri2 dia macam seeyal???...arrrr...kroang baca citer di bawah nie...
ISTERI PUJUK ANAK SERAH TUBUH
ISTERI-ISTERINYA memujuk dan memaksa anak-anak perempuan mereka supaya menyerahkan tubuh mereka kepada ayah mereka. Setiap kali anak mereka datang teresak-esak dan mengadu sakit selepas dinoda oleh ayah mereka, si ibu hanya memeluk dan memuji mereka kerana
'pengorbanan' itu. Isteri-isterinya juga menjadi pengirim mesej setiap kali suami mereka mahu melakukan perbuatan keji itu dengan salah seorang anaknya. Dengan taat membabi buta, si isteri akan memujuk dan mengarahkan seorang demi seorang anak mereka masuk ke dalam bilik, di mana ayah mereka menunggu untuk menoda mereka. Walaupun anak-anak mereka menggeleng kepala dan enggan melakukan perbuatan keji itu, si ibu akan berusaha meyakinkan mereka bahawa itu merupakan tanggungjawab mereka dan memujuk mereka supaya bertenang dan jangan fikirkan apa yang akan dilakukan. Jika mereka berdegil, si ibu akan berpura-pura kelihatan tertekan dan hampir menangis. Tidak sampai hati untuk melukakan hati ibu mereka dan menjejas hubungan si ibu dengan ayah, si anak akhirnya bersetuju dengan berat hati. Perbuatan keji itu bermula selepas lelaki tersebut menyatakan bahawa sebagai seorang ayah dia mempunyai hak mutlak ke atas anak-anaknya. Dalam salah satu kelas agama yang dipimpinnya untuk keluarganya, lelaki itu berkata hak tersebut termasuk melakukan sumbang mahram.
Lelaki itu, yang mempunyai sijil yang melayakkannya mengajar kelas agama dan pernah mengajar di beberapa institusi pendidikan di sini, menyalahtafsirkan satu ayat dalam Surah Al- Mukminin untuk memperdaya isteri-isterinya bagi memuaskan nafsu buasnya. Apabila isterinya menyoalnya dan berkata dia mungkin tersilap, dengan kata-kata manis lelaki yang pandai bercakap itu meyakinkan isteri-isterinya bahawa perbuatannya itu dibenarkan mengikut Al-Quran.
Termakan dengan kata-katanya dan kerana terlalu menghormatinya sebagai ketua rumah tangga dan 'guru agama' mereka, si isteri menuruti perintahnya. Malah, seorang daripada mereka juga ditugaskan memastikan anak-anak perempuan mereka tidak dalam haid apabila diminta memuaskan nafsu ayah mereka.

CAPTAIN JACK SPARROW : LANUN MELAYU?

Ketika mula-mula menonton filem terbitan Walt Disney Pictures ini,. Ada sesetengah darinya hampir menyamai ciri-ciri Melayu. Namun, semua perhatian aku ini hilang begitu sahaja tidak lama selepas itu, hinggalah aku terjumpa artikel dari sebuah forum.
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Ia juga tergolong diantara  senjata api melayu yang digelapkan dalam sejarah.Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)

Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol.

Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy".

Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British.
19th Regiment of Malay Navy adalah bekas-bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu. Oleh kerana keberanian mereka dan kebolehan luar biasa yang dimiliki (ilmu kebal, ilmu batin, boleh menyelam 4, 5 jam dll) mereka diberi pengampunan dari dihukum gantung dan diambil berkerja dengan British Royal Navy - dibawah 19th Regiment yang diketuai oleh mat individu bernama Captain John Davie (Davvy Jones?)
Pada 1813, 19th Regiments ini melancarkan Mutiny ("pemberontakan dan rampasan/pengambilalihan kuasa" didalam military term or crew ship) keatas British India yang telah mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa di kalangan British.
Mereka telah merampas 12 buah kapal laut Royal Navy, mereka kemudiannya berpecah ke Britain, laut Arab dan benua Amerika.

Selepas itu, dari tahun 1813 hingga ke tahun 1842, saki baki kumpulan 19th Regiment inilah yang bermaharajalela pula di lautan Arab dan Lautan Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.
Separuh daripada anggota Curse Regiment ini juga telah diambilalih oleh Napolean Bonaparte untuk berperang melawan British.
Sejak itu 19th Regiment juga dikenali sebagai "the Curse Regiments" - bourne to sails at sea in eternity...

"Bourne to Sails at Sea for Eternity" bukan sumpahan, akan tetapi ia adalah satu pilihan...

These Cursed Regiments.. selepas mutinied menentang British India, kesemua mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana orang kampung, pembesar dan sultan akan membunuh atau menghukum mereka atas alasan 'bersubahat' dengan penjajah - dalam makna kata  lainnya, mereka akan dianggap sebagai pembelot/ talibarut penjajah.
Tidak hairanlah jika karekter Captain Jack Sparrow ini diinspirasikan daripada nama Raja Lanun Dunia yang berketurunan Melayu suatu ketika dahulu, kerana nama karekter Barbossa juga dikatakan diinspirasikan daripada seorang lanun asal Turki,Barbarossa. Trivia, dalam filem Pirates of the Carribean : At World End (Di Penghujung Dunia), watak-watak lanun dalam siri kali ini dibawa menuju ke Selat Melaka (pangkalan Sao Feng - dalam filem ini, nama Selat Melaka tidak disebut, malah nama Temasik yang sepatutnya digunakan juga telah ditukar kepada sebutan 'Singapore'.

SENJATA API MELAYU YANG DIGELAPKAN DALAM SEJARAH

Beribu-ribu tahun dahulu, di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman, tahun berganti tahun, peperangan demi peperangan, hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…

Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka. Kemudian bina negara…bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.

Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi? Tak cukup dengan itu , anak-anak zaman sekarang ini dihidangkan lagi dengan filem 'buta sejarah' seperti Puteri Gunung Ledang. Logikkah, tentera dari sebuah empayar yang kaya, pergi berperang memakai baju senipis tisu? Logikkah, pahlawan Melaka dahulu berperang memakai keris dan tombak sahaja? Setahu saya, zaman Arab Jahiliyah pun mempunyai pedang. Agaknya, inilah sebab mengapa filem berbajet RM 20 juta itu gagal meraih trofi ketika Festival Filem Malaysia.

Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang . Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi, gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi, selak lagi, gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan. Bagaimana seorang berpendidikan seperti Menteri Kebudayaan, Tenaga dan Komunikasi boleh membiarkan sejarah tamadun bangsanya dipadamkan dari peta sejarah?

Dalam artikel ini, penulis akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Penulis akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api. Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”

Benarkah begitu?

Apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki Uthmaniyyah, Empayar China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Adakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR menjadi pekak, tuli, buta dan bisu dengan perkembangan ini?

Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia? Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu kecuali gabungan tentera Portugis, kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa, askar-askar upahan dari Goa, Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalaman dari para pedagang asing dan orang Melayu sendiri.

Hang Tuah juga pernah dikerahkan ke Rome untuk membeli persenjataan canggih yg besar yaitu bedil (meriam) untuk memperkukuhkan pertahanan kerajaaan Melaka. Memang terdapat riwayat bagaimana semasa serangan Portugis terhadap Melaka, Melaka tidak mudah tumbang.
Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah, baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.

Malah semua senjata ini, yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu, mempunyai istilah Melayunya sendiri:

Cannon : Meriam, Lela

Portable Cannon/swivel gun : Lela Rentaka

Flintlock Musket : Istinggar

Blunderbuss : Pemuras

Pistol : Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:


*pemuras

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris, blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ). Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead).

Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).


*terakol


Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?


Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.

Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.






Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan. Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.


*Istinggar


Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket, istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.

Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.


Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat. Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.


Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand


Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.

Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela. Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara. Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga.
Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.


*petikan gambar filem Langkasuka, dalam filem ini bukti yang menunjukkan senjata api sudah digunakan oleh orang melayu sejak zaman kesultanan lagi. Dalam filem ini juga menunjukkan yang putera pahang yang pakar dalam menembak menggunakan terakol atau lebih dikenali sebagai pistol. Di sini amatlah sedih sekali kerana orang melayu pada zaman kini tidak dapat mengunkapkan sejarah-sejarah hebat orang Melayu ini ke layar perak malah diambil kesempatan oleh pembikin filem dari thailand. Jika dilihat pada babak-babak filem itu prob2 dan ketamadun yang ditonjolkan dalam filem itu sudah dikaji dengan lebih terperinci dan apa yang ditunjukkan adalah ketamadunan sebenar orang melayu bukan hanya keris dan lembing.



*putera Pahang yang pakar dalam menembak.



*putera Pahang yang menembak menggunakan terakol.


Jangan berpandukan filem ini jika mahu mengkaji secara mendalam sejarah Patani. Ini filem Thai dan nama ‘Langkasuka’ itu pun tidak tepat. Asalnya penerbit mahu meletakkan nama ‘Queen of Patani’ namun dibantah oleh pihak berkaitan kerana tidak mahu mencetuskan sensitiviti dengan apa yang berlaku di Selatan Thai. Jadi diletakkan ‘Langkasuka’ padahal Langkasuka dan Patani adalah dua kerajaan berbeza.’Lanun’ dalam cerita ini hanyalah fantasi kerana dalam sejarah ketika pemerintahan Ratu Biru, kerajaan Patani diserang oleh Thai, bukannya lanun-lanun Melayu, Jawa dan Jepun seperti dalam filem ini. Dan tiada pula kerabat diraja yang membelot sebenarnya, ia cuma ‘rempah-ratus’ dalam membuat filem itu lebih sensasi.

Fakta sejarah sebenarnya, ketika itu Patani berperang dengan Thai dan seorang Cina Muslim, Lim To Khiam diarahkan oleh Ratu Patani untuk mengetuai tukang-tukang meriam Patani menyiapkan meriam besar. Penglibatan orang Belanda itu hanyalah sensasi sahaja padahal Thai pernah bekerjasama dengan orang-orang Eropah yang tamak ini untuk menjajah Patani.

Saya hanya sarankan untuk membayangkan suasana meriam-meriam Melayu ini beraksi dengan menonton filem ini, bukannya menjadikan filem itu sebagai rujukan sejarah Patani.

Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris? Jika nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja, alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak. 

Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris, menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para Residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu. Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India. 

Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah. Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Rajah Perak’ sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India. Tetapi ini tidak berlaku. Bukan sahaja orang Melayu, malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu. Lucu dan aneh.

Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri, orang lain pun akan segan dan hormat pada kita. Seperti juga hari ini, jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri, sebagai contoh Tulisan Jawi, Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan. Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri, siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri? Orang asing?

Kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga. Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).