Empat Golongan Lelaki yang ditarik Masuk ke dalam NERAKA oleh Wanita





Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarrakatuh

Di akhirat nanti, ada 4 golongan laki-laki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.

Laki-laki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah

1. Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar AYAH tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti shalat, mengaji dan sebagainya dan Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia saja maka sang Ayah akan ditarik ke neraka oleh anak perempuannya.

2. Kakak-kakaknya
Apabila Ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga saudara wanita jatuh ke pangkuan kakak-kakaknya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik perempuannya dibiarkan melenceng dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adik wanitanya di akhirat kelak...

3. Suaminya
Apabila sang Suami tidak memperdulikan tindak-tanduk istrinya. Membiarkan bergaul bebas di luar, berhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum laki-laki yang bukan muhrimnya. Apabila suami berdiam diri walapun di seorang alim sekalipun maka, dia akan turut ditarik oleh istrinya.

4. Anak laki-lakinya
Apabila seorang anak tidak menasehati ibu perihal kelakuan yang lalai atau haram bagi Islam. Bila si Ibu berbuat kemungkaran, berkhianat dan sebagainya maka bukan hanya suaminya saja, si anak itu pun akan ditanya dan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak..

Astagfirullah...

Betapa DASHYATnya tarikan wanita!!

Bukan hanya di dunia saja malah di akhirat pun tarikannya begitu dashyat maka kaum lelaki yang bergelar Ayah, Suami, Kakak atau anak harus memainkan peran mereka

"Ar-rijalu qawwamuna alan-nisa'i..." yang artinya "kaum laki-laki adalah pemimpin kaum wanita"

(QS An-Nisa : 34)

Subhaanakalloohumma wa bihamdika, asyhadu allaa ilaaha illaa anta, astaghfiruka wa atuubu ilaik.

Wassalamu'alaikum wa rahmatullah wa barakatuh

Hukum Menghias Kubur



kubur Hukum Menghias Kubur
Sekadar ingin berkongsi info
Apa hukumnya menghias kubur, membuat batas (kepungan), meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah dan mengecat (mengapur) kubur?
JAWAPAN: Telah DIHARAMKAN oleh syara menghias, membuat batas, meninggikan tanah di atas kubur, memayungkan, mendirikan kubbah, bangunan, menulis apa pun tulisan dan mengecat kubur berdasarkan hujjah syara dan fatwa Imam as-Syafie rahimahullah: Dari Abdullah bin Hasanah berkata: “Aku lihat Uthman bin Affan radhiallahu anhu memerintahkan agar diratakan kubur. “
Maka dikatakan kepadanya: Ini kubur Ummu Amr binti Uthman, maka beliau menyuruh agar diratakan (tanah di atas kubur tersebut). (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam (المصنف) 4/138. Abu Zarah dalam (تاريخه) 2/66, 2/121. Sanadnya sahih dari Abdullah. Dan telah diwaridkan oleh Ibn Abi Hatim dalam (الجرح والتعديل) 3/81-82.)
Dari Abi al-Hayyah al-Asadi berkata: Berkata kepadaku Ali bin Abi Talib: Tidakkah aku mengutus engkau atas apa yang telah Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam mengutusku? Janganlah dibiarkan satupun berhala kecuali engkau menghancurkannya dan tidak dibiarkan sebuah kuburpun kecuali engkau meratakannya. (H/R Muslim, 3/61. Abu Daud, 3/70. an-Nasaii, 1/285. at-Turmizi, 2/153-154. al-Bahaiqi, 4/3. at-Tayalasi, 1/168. Dan Ahmad (741, 154). Ada beberapa jalan pada Ibnu Abi Syaibah, 4/139 dan at-Tabrani dalam (الصغير) hlm. 29.)
Berkata al-Allama Imam al-Baghawi rahimahullah: Dilarang (diharamkan) dari meletak payung di atas kubur, kerana Umar radhiallahu anhu setelah melihat payung di atas kubur maka beliau menyuruh agar dibuang payung tersebut dan berkata: Biarkanlah amalnya yang memayungkannya.
Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah (beliau salah seorang dari kalangan ulama besarn as-Syafieyah) menjelaskan dalam kitabnya (المنهاج) bahawa Imam as-Syafie telah berfatwa: Dibenci mengapur, membaca dan menulis tulisan di atas kubur, samada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya.
Larangan dari Rasulullah SAW:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Rasulullah SAW telahmelarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..
Manakala hukumnya adalah HARAM jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah SAW, juga kerana terdapatpembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah SWT.
“Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (Surah Al-Qasas :76)

indahnyer rase..

Assalamualaikum...


Syukur alhamdulillah..Hari yang ditunggu-tunggu sudah hadir..bersyukur sebab kita diberi peluang untuk merasai nikmat ini..maka beruntunglah mereka yang menggunakan bulan ini dengan sebaiknya..jangan terlalu mengisi masa pada blog,fb dan yang seangkatan dengannya..kelak kita yang akan tergolong dalam golongan orang yang rugi..


Intro yang agak skema...hehe..sebenarnya agak lama jugak tak update blog..bukan tak nak tetapi agak busy sejak kebelakangan ni...busy yang mengalahkan perdana menteri..tak pun artis..haha..



Hari ni dah hari keempat berpuasa..syukur lah sebab masih mampu tunaikannyer...kalau uzur tak dapat la rasa nikmat puasa hari yang mulia ni..kalau nak tunggu kena tahun depan pulak la kan...lame tu..so ape plan bulan puasa ni?tingkatkan amalan sunat?banyakkan berzikir?baca quran?alhamdulillah..jangan makin giat nak update blog..tak pun update status kat fb..kalau saling mengingati tak pe la..


kepada makcik-makcik dan kakak-kakak..ape plan menu buka puasa hari ni?nasi ayam?ayam masak merah?ayak masak lemak cili api?ayam kfc?tak kisah lah asalkan jangan membazir..jangan terlalu ikut nafsu..kalau terlebih takut tak larat pulak nak buat terawikh..


jadi insyaAllah kita isikan blog kita dengan benda-benda yang berfaedah sempena bulan yang mulia ini..jangan asyik duk cerita pasal dunia je..sesungguhnya,kalau kita kejar dunia.maka dunialah yang akan kita miliki.tapi jika kejar akhirat,kedua-dua sekali akan kita perolehi..so keputusan di tangan anda...


cukup kot sampai sini..selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan..semoga segala amalan kita akan diterima oleh Allah...amin..=)